Puasa...

Assalamualaikum sahabat handai dan salam sejahtera readers :)

seronok tak puasa? sempena bulan yang mulia ini,saya berharap agar kita masing-masing sibukkan diri dengan amal ibadat yang ikhlas kepadaNya sementara syaitan masih terikat. kita penuhkan amal ibadat kita sampai kita berasa sedih untuk meninggalkannya. Ya Allah. sedih sangat ni!!!

Pada bulan ramadhan ke-8 yang mulia ini,saya harap, saya masih belum terlambat untuk mengucapkan 'SALAM RAMADHAN AL-MUBARAK KEPADA SEMUA UMAT ISLAM DI DUNIA INI' semoga puasa pada tahun 2015 ini diberkati Allah SWT. 

ingat tak masa korang kecik2 dulu? termasuklah akuh sekali. okay! now,this is my experience based on my previous puasa. biasalah~ jahil waktu zaman darjah 1,2,3,4 .. sampai darjah empat baru kau nak belajar puasa full bulan. waktu tadika,kau belajar nak puasa. nak kenal erti puasa. masuk darjah 1-3 kau dh kena merangkak belajar puasa. dalam pengetahuan kau,puasa tu takleh makan,takleh minum. betul kan? eleh,tu biasa lah budakbudak baru nak belajor puasa. tapi,puasa ke? huhukakakah

waktu mandi paling win. huahahhah. eleh,waktu tu belum baligh lagi!!!!! hahahahah. okay pls stop! dh nk dekat sejam waktu berbuka,kau pun mandi. punyalah anak tekak kau rasa mcm kau telan bebola ikan berapi sampai tahap haus gila an... kau pun 'ter'buat-buat minum air. hahahahaha. kononnya tertelan. then waktu tu kau pun rasa sangatlah lega. perhh -.- tu memang nikmat beb.

pastuh,rapat pulak dengan member yang tak puasa. member tu pulak ajak kau makan. and waktu tu kau berumur dalam lingkungan 8-9 tahun. jahil! kau pun amik makanan member kau. curik2 makan lah katakan. grr~ pahtu,adik baik pulak kasi share kefchi ke... peh -.- nikmat tak?

tambahan jap. pahtu korang dapat puasa penuh pulak,then parents korang pun kasilah duit dopuloh sen sebagai perangsang semangat kau untuk berpuasa lagi..

and perkara ni pulak aku rasalah kan. semua tk suka waktu kekecik dulu. kena bangun sahur. huarghhh!!!! mmg malas tahap dewa ah. bangun pagi mata terpesat-pesat ngadap makanan.
ada org tu bangun terus ngadap tak gosok gigi. uhukz. 

ohkay! itu semua mungkin serba sedikit pengalaman masa kekecik dulu. sekarang baru kau tahu itu semua perkara yang jahil kau pernah lakukan kan? waktu kecik dulu pernah terpikir? haa. sebab tu orang tua2 slalu cakap 'budak kecik mana tahu pikir lagi'. sebab tu lah budak kecik tak pandai menipu lagi.

bila kau dah besar sekarang. confirm kau dh boleh pikirkan kan? so,adakah kau still lagi puasa yak yak yok? (petang2 bukak periuk) adakah?

skang kau dh besar and dh boleh fikir sendiri apakah yang dimaksudkan dengan puasa. 
Puasa ialah menahan diri daripada makan dan minum dan perkara-perkara yang boleh membatalkan puasa mulai terbit fajar hingga terbenam matahari beserta niat.
skang kau dh besar and dh boleh fikir mana yang baik dan yang buruk. kau dah boleh tolak tepi dengan perkara2 yang melalaikan yang lagha.
skang kau dh besar and dh boleh fikir..

takkan lah still lagi nak puasa tipu2? depan mak-ayah puasa. belakang derang makan maggie tambah air sirap ais? tak logik beb. biasanya,lelaki puasa mcm tuh. hebat depan rakan2 jer. depan mak-ayah pijak semut tak mati. tapi,bagus ah mcm tuh. hormat sikit kat parents. takkanlah dengan parents pun kau nak samakan dengan rakan2 en? k. tapi,persoalannya. kau tak hormat maruah mereka. kau tak jaga nama baik mereka even derang takde depan mata korang.

hello! assalamualaikum guys! eventhough,they are not infront of you but Allah SWT is still infront  of you. do you get it? kau puasa,buat baik depan mereka tapi bila dengan rakan korang,prangai mcm satan. mmg sukalah satan,ada penggantinya waktu bulan puasa.!

menjaga maruah mereka juga merupakan salah satu cara korang hormat mereka. korang kena hormat perasaan. Cuba engkorang bayangkan jika parents korang mendapati anak mereka prangai cam satan? dapat tahu dari jiran. jiran barua// tapi benda betul. luruh tak hati parents kau? luruh kan? guruh kan? berdentum kan? jadi,tu ke hormatnya?

tolonglah. jadilah bulan puasa/bulan ramadhan ni sebagai bulan untuk kau menyucikan hati kau. sebulan je cukup lah untuk kau berlatih. atleast,tercatat jugak amalan baik kau. and,if you tested to puasa sebulan untuk beramal ibadat dengan Allah. secara otomatik,kau akan berasa seronok untuk melakukannya for the next month. sbab 'kebiasaan amat sukar untuk dikikis'.

ini sekaligus dapat menjadikan kau sebagai seorang manusia yang sangat berguna! and kau boleh dapat ubah perangai kau sikit2.

asalkan ikhlas// dan niat kepada Allah//

and,nak cakap sikit. sikit jer nih. tolonglah takyah main merghcun. setiap tahun angkanya meningkat pelajar putus tangan,mati,cacat and bla bla bla disebabkan main mercun. kadang2 kesian gak,bila dh nk dekat big exam,time tu lah pelajar kehilangan tangan sbab ketiada-an otak nak pikir tentang keburukannya.

bila aku terpikir sendirian,di Palestin. orang disana still puasa,kadang2 dengar bunyi letupan mereka rasa gerun sangat. tapi di Sini. orang disini still puasa,kadang2 dengar bunyi letupan mereka rasa gembira sangat. kenapa?? Kenapa?? KeNaPa?? kEnApA?

nak tahu satu perkara tak dik? adik semua telah mengganggu para jemaah untuk mengerjakan ibadat dengan khusyuk. tengah solat,dapatlak acik yang kuat melatah.. sekali dengar bunyi mercun meletop,acik tu pun sekali meletops dalam ibadatnya. ya allah dik! tolong sangat dik!!!!!!

#FreeGift 

 SUMBER :
- JABATAN MUFTI NEGERI SELANGOR DARUL EHSAN



1.Lafaz Niat

Lafaz niat puasa bulan Ramadhan:

نَوَيْتُ صَوْمَ غَدٍ أَنْ أَدَاءِ فَرْضِ رَمَضَانَ هَذِهِ السَّنَةِ لِلَّهِ تَعَالَى


Maksudnya: Sahaja aku puasa esok hari pada bulan Ramadhan tahun ini kerana Allah Taala.


Lafaz niat puasa Ramadhan sepenuhnya (sebulan):

نَوَيْتُ صَوْمَ شَهْرِ رَمَضَانَ كِلِّهِ لِلَّهِ تَعَالَى

Maksudnya: Sahaja aku puasa untuk sebulan pada bulan Ramadhan kerana Allah Taala.


2.Doa buka puasa

اللهم لك صمت وبك امنت وعلى رزقك أفطرت

Maksudnya: Ya Allah, Aku telah berpuasa untuk Kau dan pada Kaulah aku mempercayai dan aku membuka puasa dengan apa yang Kau berikan



3.Syarat wajib puasa

Syarat –syarat wajib berpuasa empat perkara iaitu:-

1. Islam:
Tidak diwajibkan kepada orang kafir.

2. Baligh:
Tidak diwajibkan berpuasa ke atas kanak-kanak yang belum sampai umur baligh. Walau bagaimanapun kanak-kanak digalakkan berpuasa

3. Berakal: 
Tidak diwajibkan puasa bagi orang gila.

4. Berkemampuan: 
Tidak wajib berpuasa ke atas orang yang tidak berdaya berpuasa seperti orang sakit, musafir, orang tua dan sebagainya.



4.Syarat-syarat sah puasa

Syarat-syarat sah puasa itu enam perkara:-

1. Islam:
Orang Islam yang sedang berpuasa kemudian ia murtad walaupun sekejap, maka puasanya batal

2. Berakal: 
Orang Gila tidak sah puasanya

3. Suci daripada nifas dan haid

4. Masuk waktu puasa

5. Berniat pada setiap malam: 
Menurut mazhab Imam Maliki-memadai dengan sekali niat sahaja iaitu pada malam pertama bulan Ramadhan.

6. Menahan diri daripada sesuatu yang membatalkan puasa.


*dan paling seronok nak share. nak kasi semua orang tahu. nak kasi diri ni tersedar daripada buaian mimpi. nak kasi perbaiki diri ni!!! :-->



KELEBIHAN RAMADHAN:

Bulan Ramadhan mempunyai banyak kelebihan antaranya:-

1. Bulan diturunkan Al-Quran
Maksudnya: Bulan Ramadhan padanya diturunkan al-Quran yang mempunyai keterangan-keterangan yang nyata sebagai petunjuk kepada manusia

2. Bulan penuh berkat
Bulan Ramadhan merupakan satu bulan yang disebut sebagai bulan mulanya rahmat, ditengahnya pengampunanNya dan akhirnya merdeka daripada api neraka.
"Maksudnya: Dari Abu Hurairah r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, apabila bulan Ramadhan telah datang maka dibukalah pintu-pintu syurga, dihapuslah pintu-pintu neraka dan di ikatlah semua syaitan.


3. Bulan Penghapusan dosa
Maksudnya: Rasulullah s.a.w bersabda, sesiapa berpuasa Ramadhan dan berjaga malamnya dengan penuh kepercayaan dan ketelusan ikhlasnya nescaya diampunkan dosanya yang telah lalu. .

4. Bulan diturunkan Lailatul Qadar
Maksudnya: Sesungguhnya kami telah menurunkan (Al-Quran ) ini pada malam Lailatul Qadar. Dan tahukah kamu apa dia Lailatul Qadar itu. Lailatul Qadar itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam itu diturunkan malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengutus segala urusan. Sejahteralah(malam) sehingga terbit fajar.


*ya allah. alangkah nikmatnya jika aku mendapat mukjizat malam lailatul qadar tersebut. -.-

sekian, selamat menjalani ibadah puasa. elakkan pembaziran.//